Wednesday 14 June 2017

Jom Ketahui 4 Peraturan Jarak Kenderaan

Assalammualaikum dan Selamat Petang !


Apabila tiba musim perayaan, kisah dan tragedi kemalangan akan lebih banyak terpapar di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Hal ini kerana musim perayaan menyebabkan lebih ramai pengguna jalan raya di seluruh Malaysia. Oleh itu, menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi diharapkan semua pemandu-pemandu di Malaysia dapat memandu dengan lebih berhati-hati.


Salah satu perkara yang perlu diperingatkan adalah berkenaan “Peraturan Jarak”. Dengan mengamalkan peraturan jarak yang betul besar kemungkinan kita dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan jalan raya sekaligus mengurangkan data kemalangan jalan raya di musim perayaan.


Berikut dinyatakan 4 peraturan jarak yang perlu anda tahu:



1) Peraturan 2 saat
Pemandu disarankan untuk mengamalkan peraturan 2 saat ketika memandu di belakang sesebuah kenderaan. Anggaran pengiraan masa 2 saat di antara 2 kereta dikatakan jarak yang paling selamat semasa memandu. Ianya mencukupi bagi kita mengelak dan berhenti di belakang kereta hadapan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat
Peraturan 4 saat pula sesuai diamalkan semasa hari hujan. Hal ini kerana keadaan jalan menjadi basah serta licin. Peraturan 2 saat perlu digandakan menjadi 4 saat bagi mengelakkan perlanggaran atau tersondol belakang kereta depan.

3) Peraturan 3 saat
Peraturan ini khas digunakan semasa mengekori motosikal. Motosikal adalah lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Jadi amalkanlah peraturan 3 saat sebagai langkah keselamatan mengelakkan kemalangan.

4) Peraturan 12 saat
Peraturan ini digunakan semasa memandu di belakang kenderaan-kenderaan yang panjang dan besar seperti contoh bas, lori and treler. Berada di belakang kenderaan besar telah menghalang kebanyakan pandangan kita. Oleh itu, peraturan ini membolehkan pemandu memerhati keadaan sekitar bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.


Sumber : perundingpemanduan




Kereta Sewa Kota Bharu - 012-6095900

Tempahan | www.klezcar.com

Pertanyaan 1300-88-4040 (24 jam)


Friday 12 May 2017

CARA PALING JIMAT UNTUK SEWA MYVI 1.3 (A) !!! Jom Ambil Tahu !


Assalammualaikum dan Selamat Petang !!


CARA PALING JIMAT UNTUK SEWA MYVI 1.3 (A) !!! 


Pernahkah anda dengar tentang KlezPoint ?

Jom Tebus Klezcpoint Anda !



Percaya Tak?...Di Klezcar, dengan KlezPoint anda layak menerima
pengurangan kadar sewa kereta Myvi sehingga 50% !

Kadar sewa asal adalah RM130.

 .

TAPI ANDA BOLEH SEWA MYVI DENGAN HANYA RM 65 DENGAN SISTEM KLEZPOINT KLEZCAR! INGIN TAHU BAGAIMANA ?
.
.

1️⇒ Semak Klezpoint terkumpul anda di link http://www.klezcar.com/viewpoint.php
.

2️⇒ Jika point terkumpul anda 650 point » Tebus point & tambah RM 65 untuk sewaan Myvi 1.3 (A) ~ 1 hari.
.

3️⇒ Jika point terkumpul anda 400 point » Tebus point & tambah RM 90 untuk sewaan Myvi 1.3 (A) ~ 1 hari.
.
.


********************************************************************

Sebelum nak tebus, mesti anda teringin nak tahu macam mana nak kumpul Klezpoint tu kan ?????


Haaa ... inilah kelebihan kami yang tak ada pada perkhidmatan kereta sewa lain. 
.

Kami bukan setakat sewakan kereta yang baru, bersih, wangi, terbaik, tapi kami beri LEBIH NILAI kepada pelanggan setia kami dengan adanya sistem Klezpoint ini.
.

CARA PANTAS untuk kumpul Klezpoint BERGANDA adalah melalui tempahan kereta sewa secara online di link www.klezcar.com
.
Anda akan miliki **2X GANDA** Klezpoint bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Hebatkan Klezcar! 


. . . 

Kereta Sewa Kota Bharu
012-609 5900

Tempahan online | www.klezcar.com
Talian  Hotline | 1300-88-4040 (24 jam)




Tuesday 11 April 2017

Jom Sarapan @ Kopitiam Kita

Assalamualaikum wbt,

KOPITIAM KITA

Tengah fikir nak sarapan esok kat mana ke tu? Mari kami kongsikan satu lokasi sarapan paling popular di Kota Bharu, Kopitiam Kita. Pelbagai makanan Kelantan dihimpun di sini. Nak Apa? Semua Ada.. Tempat ini memang popular dan sentiasa dipenuhi pelanggan terutama sekali semasa hari cuti sekolah. Keadaan berkongsi meja atau adakalanya terpaksa menunggu dahulu untuk beberapa ketika untuk pelanggan lain bangun baru ada tempat duduk untuk kita adalah lazimnya keadaan di sini semasa cuti sekolah. Kerana apa? Mungkin kerana Roti Titab nya.. 

Adakah ini pertama kali anda dengar nama makanan  Roti Titab? Roti ini adalah merupakan salah satu keunikan utama restoran yang beroperasi setiap hari ini. Roti Titab adalah roti bakar yang di atasnya diletakkan kaya dan telur separuh masak. Roti inilah yang menjadi pesanan wajib bagi pelanggan yang bersarapan di sini. Bak kata orang ramai, inilah dia 'one stop centre' untuk penggemar makanan. Lokasinya terletak di Jalan Sri Cemerlang dan akan dibuka bermula jam 6.30 pagi sehingga 2 petang.

  



Seperti yang telah dikatakan tadi, semua jenis makanan yang menjadi 'trademark' boleh didapati di sini. Antaranya ialah nasi kak wook, nasi berlauk, nasi kerabu dan banyak lagi. Apa yang penting adalah anda perlulah datang seawal yang mungkin, bukan apa, takut kehabisan je. hehe.. 



Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini, semoga berjumpa lagi di lain kali.. Siapa terliur? Baik mengaku.. hehe. Sememangnya makanan di Kelantan ini semua sedap-sedap. Mesti cuba tau!

Anda berada di Kota Bharu?

Hubungi kami Kereta Sewa Kota Bharu untuk dapatkan kereta sewa : 
012 609 5900

Tempahan online : www.klezcar.com
Pertanyaan 24 jam : 1300-88-4040






                                              

Thursday 6 April 2017

Only In Kelantan ! Uniknya Kelantan


Assalamualaikum wbt , 


-KELANTAN- 

Bagi yang pertama kali datang ke Kelantan pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan negeri ini. Perhatikan sahaja papan tanda di sekitar Kota Bharu ini, cukup membuktikan keunikannya. Kerana terdapat juga tulisan jawi di setiap sudut atas papan tanda.


...Uniknya Papan Tanda di Kelantan...





Jarang sekali dapat dilihat di sekitar Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain. Sememangnya Kelantan berjaya memperluaskan penggunaan bahasa jawi di sini. Selain tulisan jawi, papan tanda atau papan iklan di negeri Kelantan ini juga mestilah menggunakan model yang menutup aurat.




Tidak dinafikan, selain makanan di Kelantan yang sedap-sedap belaka, keunikan-keunikan yang terdapat di Kelantan ini juga telah menjadi faktor ramai orang gemar untuk datang ke sini. Antara keunikan lain bagi Kelantan adalah dialeknya dan juga struktur bangunannya. 

***




Jika anda rancang untuk ke Kelantan dan perlukan kereta, kami dari Klezcar Kereta Sewa Kota Bharu sedia membantu. Kereta-kereta sewa kami bersedia berkhidmat untuk anda ! Pengambilan kereta di airport juga dibenarkan. Hubungi kami dan kami akan uruskan segalanya untuk anda. Tak perlu risau lagi.. Hubungi sekarang tau..





Kereta Sewa Kota Bharu - Klezcar
012 - 609 5900

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)


Friday 10 March 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

"Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat. Maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang sedemikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Surah Al- Jumu'ah : 9


__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Friday 3 March 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Antara pesanan Imam Ghazali r.a yang boleh kita jadikan iktibar sepanjang hidup kita. Boleh share dan semoga bermanfaat.


Sumber

__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Tuesday 28 February 2017

Minyak enjin Liquoimoly dari Jerman

Klezcar syarikat kereta sewa sepenuhnya menggunakan minyak enjin Liquimoly. Minyak enjin Liquimoly diimport dari Jerman adalah minyak enjin berkualiti tinggi. Kereta sewa KB menggunakan minyak enjin ini supaya prestasi kereta sewa sentiasa dalam keadaan terbaik.


Minyak enijn Liquimoly terkenal dengan penajaan di Moto GP, berkualiti tinggi dan semua motor yang terlibat dengan Moto 3 mesti menggunakan minyak enjin Liquimoly.

Sebagai pelanggan, ini adalah value yang kami beri demi kepuasaan dan keselesaan pelanggan yang kami hormati.


Kereta Sewa KB
012-609 5900

Tempahan

Saturday 25 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! 6 TIPS PEMANDUAN PADA WAKTU MALAM

Tip-tip memandu di waktu malam



👉Pastikan lampu dihadapan menyala dan dipasang dengan betul mengikut situasi.

👉 Lampu hadapan mesti diturunkan ke "LOW BEAM" apabila ada kereta lain dari arah hadapan bagi mengelakkan silau kepada pemandu tersebut.





👉 Pastikan cermin kereta sentiasa bersih. 
Cermin yang kotor akan membuat lampu hadapan kereta lain menjadi berpinar-pinar pada pandangan anda. Keadaan ini boleh mengganggu fokus pemanduan anda.




👉 Pandulah dengan kelajuan yang betul. 
Penglihatan anda pada waktu malam akan sedikit terjejas maka penting juga untuk menambah jarak supaya anda dapat memberhentikan kereta dengan selamat.


👉 Waktu malam sememangnya waktu untuk tubuh anda berehat. Memandu dalam keadaan mengantuk adalah sangat berisiko kpd terjadinya kemalangan. Berehat jika anda berasa letih atau mengantuk.

👉 Yang paling penting, pastikan petrol sentiasa mencukupi kerana tidak semua stesen petrol akan dibuka 24 jam.

Ingat ya, memandulah dengan cara selamat.


__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Friday 24 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Janganlah kamu sakiti sesiapapun sekiranya kamu tidak mahu disakiti oleh orang lain"

-Petikan khutbah terakhir Rasulullah s.a.w-

Sumber
__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Thursday 23 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu | Street Art Kota Bharu

Assalamualaikum wbt ,


Hasil kreatif anak bangsa kita. Cantik tak? 

Inilah dia STREET ART KOTA BHARU.

Gambar 1
 Sumber : PenMerah [dot] com



Tiba di Kota Bharu nanti jangan lupa singgah ye.

Lokasi > Jalan Dato Pati Kota Bharu Kelantan


Gambar 2
Sumber : ChickenBaik

Jika anda perlukan kereta sewa untuk melawat tempat-tempat menarik di Kota Bharu
Klezcar cawangan Kota Bharu (012-6095900)ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Lebih lama anda menyewa lebih banyak diskaun!

Tempahan online www.klezcar.com | 1300-88-4040


__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Wednesday 22 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Jom Merasa Hidangan Nasi Ulam Cikgu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Kali ini kami nak bagitahu kedai makan yang wajib korang semua rasa bila ada di Kota Bharu, Kelantan. Tak dapat dinafikan keenakan rasa asli makanan yang dihidangkan. Kedai ini diberi nama Restoren Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Restoren Nasi Ulam Cikgu.




Antara menu tersohor adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin,bermaca-macam jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Bagi yang merasa budu asli buatan orang Kelantan, ini adalah masa yang sesuai untuk anda pergi ke restoren nasi ulam cikgu ni. Restoren ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat, dan waktu perniagaan adalah diantara jam 11 pagi hingga 5 petang. 

Jangan terkejut jika datang pada waktu kemuncak iaitu di antara jam 1:00 petang hingga jam 2:00 petang dek kerana terlalu ramai pelanggan yang berpusu-pusu datang semata-mata untuk merasa hidangan nasi ulam ini! Jadi elok juga kalau korang datang awal sikit atau selepas jam 2:00 petang.






Biasa orang mesti tertanya-tanya berapa harga kalau makan kat sini ya? Boleh kata harga memang sangat berpatutan. Untuk seorang kalau makan sepinggan harganya sekitar RM5 hingga RM7 sahaja. Yang mana datang dalam kumpulan (dalam 5 ke 6 orang), 1 set hidangan adalah lebih kurang RM45 sahaja.

Rugilah kepada yang masih belum cuba. Jadi, jangan lupa rancang perjalanan korang dan jadikan Kota Bharu, Kelantan adalah salah satu destinasi pilihan korang OK!

Boleh refer facebook restoren nasi ulam cikgu di LINK ini.

__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Tuesday 21 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Jom Pekena Tea Beng Madu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat korang yang teringin yang singgah di Kota Bharu, Kelantan kitorang rekemen singgah makan dekat Warung Pak Mat Pulau Pisang. Apa yang spesel sangat ini? Semestinya warung ini sangat femes dengan teh tarik madu.

Rasanya memang sangat sedap dan memukau bagi sesiapa yang mencuba. Boleh order lagi satu kalau tak puas hehehe.



Buihnya pon manis kalau korang nak tahu. Haritu kitorang datang memang order air untuk minum satu dan siap bungkus lagi.

Selain daripada teh tarik madu yang kaw itu, rasa sup kepala ikan dia agak syok juga. Rasa sup yang memainkan peranan ditambah dengan rasa ikan yang lembut lagi segar memang akan membuatkan korang rasa nak cuba banyak kali.



Lokasi warung Pak Mat ini pula adalah jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB),berdekatan dengan Sungai Kelantan. Di sini juga ada jeti bot untuk dinaiki oleh pelancong ke pulau-pulau sekitar. Boleh tengok di SINI.


__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646