Monday 25 August 2014

Kereta Sewa Kota Bharu | Penghantaran Kereta Sewa Paling Jauh

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kali ni penghantaran yang agak jauh yang pernah kami lakukan, iaitu ke stesen bas Rantau Panjang. Sebuah alza dan avanza diperlukan oleh pelanggan kami yang mahu sewa lebih kurang 2 hari.




Sebuah kereta lagi adalah untuk "angkut" kami pulang ke Kota Bharu. Terima kasih kepada kawan yang ikut sama untuk membuat penghantaran.



Singgah untuk solat sunat di masjid Beijing sekejap sambil merasai kelainan binaan di sini. Indah sungguh rumah Allah ini.




Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan jika ada salah silap terkasar bahasa kami susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Insyaallah gambar dibawah adalah kenangan untuk kami dan anda sebagai pelanggan. Terima kasih sekali lagi!



__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Sunday 24 August 2014

Kereta Sewa Kota Bharu | Rumah Terbuka Aidilfitri KLezCar

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana beberapa hari yang lalu keluarga KLezCar telah berjaya menyempurnakan majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri.



Rumah terbuka dibuat di perkarangan ibu pejabat KLezCar iaitu di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, Selangor.

Antara menu yang dihidangkan adalah kambong golek. Memang lazat. Ada yang datang tak sempat menjamah daging kambing dek kerana sudah habis.

Kita kasi gambar berbicara ya.









Dan antara top "retis hartanah" yang turut menghadiri majlis rumah terbuka iaitu Abang Ensem (bukan nama sebenar).



InsyaAllah tahun depan ada rezeki keluarga KLezCar tidak akan lepaskan untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin datang.

Kepada yang ingin menempah kereta sewa pandu sendiri di kawasan Kelantan (Kota Bharu terutamanya) boleh lah mendail talian bebas tol kami di 1 300 88 4040 atau boleh terus call/sms/whatsapp/wechat/telegram cawangan KLezCar Kota Bharu di 012 609 5900.

__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

Tuesday 12 August 2014

Kereta Sewa Kota Bharu | Penerangan Semula Harga Kereta Sewa KLezCar Kota Bharu

Bismillah..

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak review balik post saya mengenai harga kereta sewa dan anda boleh refer link di sini:

http://keretasewaklate.blogspot.com/2014/06/senarai-harga-kereta-sewa-kelantan.html

Ramai yang bertanya mengenai harga mengikut masa, dan saya fikir mungkin apa yang pembaca pernah lalui. Ok di sini saya ingin berikan contoh:

Senarai harga myvi mengikut masa yang kita tetapkan.

Myvi 1.3 auto standard.
1 jam = RM 8.
12 jam = RM 80.
24 jam = RM 130.
1 minggu = RM 700.
1 bulan = RM 1800.

Kebiasaan pengusaha kereta sewa lama menyewakan kereta (dalam kes ni myvi sebagai contoh) kepada pelanggan sekitar Kelantan dan Kota Bharu terutamanya, adalah berharga RM 80 sehari. Saya tidak terkejut kerana sehari yang dimaksudkan adalah sebenarnya setengah hari sahaja (mengikut perkiraan jam).

Waktu perniagaan yang ditetapkan adalah dari pagi hingga petng sahaja dan jika penyewa menyewa kereta dalam waktu ini telah dikira sebagai seharian sewa. Jadi tidak hairan mengapa harga yang ditawarkan adalah RM 80. Berbeza dengan kami, harga yang ditawarkan untuk waktu sehari adalah RM 130 kerana waktu bagi kami sewakan adalah 24 jam.

Manakala dari segi masa iaitu pagi hingga petang, adalah hampir sama (bahkan lebih mengikut perkadaran jam berbanding waktu pagi hingga petang) dengan rate harga 12 jam bagi myvi iaitu RM 80.

Jadi di sini penyewa sepatutnya lebih sedar akan perbezaan masa yang telah ditetapkan oleh pengusaha kereta sewa, dan kami sedia untuk menerangkan apa yang pelanggan ragu-ragu atau todak jelas sebelum menyewa kereta dengan kami.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh melalui talian hotline free kami 1 300 88 4040 atau berhubung terus dengan saya di 012 609 5900. Insyaallah kami sedaya upaya memudahkan para pelanggan untuk menyewa dengan kami, insyaAllah.

Perodua Viva baru bakal dilancarkan dan bakal menjadi sebahagian daripada keluarga KLezCar Kota Bharu


__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646